Tindakan Bila Gempa Bumi Berlaku
Gempa bumi merupakan salah satu bencana alam yang berlaku akibat gerakan bongkah dasar bumi. Ia memberi kesan kepada goyangan atau geseran di permukaan sesuatu benua.
Fenomena ini adakalanya berlaku secara tiba-tiba dan kelajuanya bergantung kepada gerakan di dasar.
Lazimnya terdapat banyak tindakan yang boleh dilakukan apabila berlaku fenomena gempa bumi, antaranya;
Jangan panik
Jangan panik apabila berlaku gempa bumi, tetapkan posisi anggota badan pada keadaan tenang agar setiap perancangan pergerakan dapat di atur dengan lebih lancar. Minda dan pergerakan akan berinteraksi dengan baik apabila tidak panik.
Berada pada posisi duduk
Apabila gempa bumi berlaku, bertindak pantas dan duduk atau meniarap. Pastikan tempat duduk adalah bebas daripada peralatan atau perkara yang boleh memudaratkan. Kerak bumi akan bergerak membuatkan ia bergoyang, maka elakkan melakukan samaada berjalan atau duduk.
Keluar dari bangunan
Gempa bumi yang kuat boleh menyebabkan sesuatu bangunan bergoyang. Sehungan itu, adalah amat baik bertindak pantas dan keluar daripada bangunan dengan kadar segera.
Bergerak ke kawasan lapang dan selamat
Bergerak ke tempat lapang apabila gempa bumi berlaku bagi mengelakkkan sesuatu yang tidak baik bakal berlaku. Kawasan lapang memberi kadar keselamatan tinggi berbanding berada dalam bangunan apabila fenomena gempa bumi berlaku.
0 Comments