Selamat hari ibu
Ibu engkaulah ratu hatiku, walau apa juga rintangan engkaulah pelembut dikala hatiku dulu.
Ibu, jantung hati, penyeri hati, pemberi semangat dalam menempuhi kejayaan.
Pengorbanan seorang ibu tidak ada tolok bandingnya dalam memgalas kerja-kerja harian agar ianya berada dalam keadaan yang baik. Dialah penyeri dalam sesebuah rumahtangga.
Ibu bukan sahaja suri rumah, malahan ibu juga adalah seorang permaisuri dalam sesebuah istana yang mampu mengawal istana berkenaan dalam suasana harmoni.
Selamat Hari Ibu |
Wahai ibu, engkaulah dewi, engkaulah ratu engkaulah pujaan hati anak-anak. Dikala si anak berduka, sudah pasti ibulah tempatnya mengadu dan meluahkan segalanya.
Kelembutan si ibu, mampu menyerikan dan menenangkan sesuatu persengketaan yang berlaku. Kudrat seorang ibu tiada daya upaya dan tiada siapa yang tahu.
Justeru itu, bersempena dengan hari ibu, penulis mengucapkan selamat hari ibu kepada wahai ibu yang tercinta, dan para wanita-wanita yang berstatus ibu, walau dimana sahaja berada. Semoga sentiasa kekal sihat dan ceria selalu.
0 Comments