Guru

Guru

Guru adalah salah seorang insan yang bertanggungjawab untuk mendidik, mengajar dan membimbing orang lain dibawah selianya. Gelaran Guru tidak hanya terhad kepada guru di sekolah, malahan ia terbuka adan menyeluruh kepada siapa saja yang berfungsi sebagai pendidik.




Guru





Bidang seorang guru adalah luas dan mencabar dalam pelbagai aspek, samada kemasyarakatan, ekonomi, sejarah dan lain-lain lagi. Kepakaran dan kemahiran seorang guru dalam mendidik adalah bergantung kepada ketekunan dan keupayaanya.

Lazimnya, guru yang hebat sudah pasti dapat melahirkan lebih ramai insan anak murid yang bijak pandai dalam pelbagai bidang. Dalam masa sama, ia membawa kepada tenaga mahir dan secara langsung menepis gejala sosial negatif dikalangan masyarakat, khususnya remaja.

Pengorbanan seorang guru tidak ternilai harganya. Keupayaan dan semangatnya melahirkan insan atau mirid yang berjaya adalah salah satu kebangkaan padanya. Semakin ramai insan yang baik dilahirkannya, semakin tinggilah produktiviti sesebuah negara. 

Oleh yang demikian, hargailah jasa dan pengorbanan guru, sebagai anak murid kepada gurunya, perlulah berterima kasih kerana tanpa mereka belum tentu ilmu dan pengetahuan dikecapi hingga ke hari ini.

Terima Kasih Guru.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia