Selamat Hari Bapa 2024

Selamat Hari Bapa 2024

Selamat Hari Bapa 2024.

Bapa atau Ayah atau Abby atau Abah adalah panggilan kepada seorang insan yang telah berkeluarga dan mempunyai anak-anak. Panggilan ini sering siungkapkan oleh anak-anak walau dimana sahaja berada.

Bapa adalah nakoda atau ketua dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Dia berperanan menjaga, melindungi, memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya.

Pengorbanan seorang Bapa tidak dapat dinafikan lagi dengan membanting tulang siang dan malam agar keluarganya berada dalam kehidupan yang selesa.



Selamat Hari Bapa 2024


Oleh itu, sayangilah bapa anda jika hayatnya masih di kandung badan. Berbicaralah secara sopan dan baik agar dia sentiasa kelihatan riang ceria.

Keakrafan akan lebih terjalin erat jika antara dua pihak dalam seisi keluarga saling mengambil berat dan menjaga antara satu sama lain dengan lebih harmoni.

Justeru itu, diucapkan selamat hari bapa bagi tahun 2024. Semoga para insan yang bergelar bapa akan sentiasa berada dalam keadaan sihat selalu dan riang gembira, walau dimana sahaja berada.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan