Komunikasi Harmoni Antara Adik Beradik

Komunikasi Harmoni Antara Adik Beradik

Komunikasi Harmoni Antara Adik Beradik

Adik beradik adalah insan yang paling terdekat dalam hidup selain ayah dan ibu. Mereka juga yang lebih mengenali diri anda, kerana mereka tahu dari awal kelahiran hinggalah dewasa. Adik beradik adalah sedarah sedaging yang lebih akraf dan tidak ada tolok bandingnya dengab orang lain. Susah senang dalam kehidupan, adik beradiklah tumpuan tempat mengadu, meluah dan segala gurau senda. 


Komunikasi antara adik beradik adalah berlaku apabila antara dua pihak atau lebih bersua muka.






Berikut adalah antara komunikasi harmoni antara adik beradik, antaranya:

  • Gunakan ayat-ayat atau perkataan yang lembut.
Perkataan yang lembut dan tidak menyentuh hati dan perasaan adalah amat baik semasa berbicara antara adik beradik. Ia mampu menyemarakan lagi susana perbualan dengan lebih harmoni.

  • Beri perhatian apabila salah sworang berbicara.
Semasa berbicara maka berilah perhatian sepenuhnya agar maklumat yang disampaikan dapat difahami maksudnya. Elakkan daripada menyampuk agar tidak menguris hati dan perasaan.

  • Bantu dalam memikul tanggunhjawab yang dialami.
Kehidupan di antara adik beradik adalah tidak sama, ada yang senang dan ada yang susah. Oleh itu, sentiasalah bantu membantu antara satu sama lain agar kehidupan lebih terjalin akrap dan harmoni. Jangan biarkan kehidupan adik yang susah terus dibelnggu dengan kesusahan.

  • Hormat menghormati antara adik beradik.
Komunikasi dapat dicapai dengan baik apabila wujudnya hormat menghormati antara satu sama lain. Elakkan rasa mementingkan diri sendiri dan merasakan perlu dihormati. Jalinan yang baik haruslah dipupuk, tanpa mengira jarak perbezaan umur antara satu sama lain. 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian