Latar Belakang Maybank Gaya Street Tumpuan Pelancong

Latar Belakang Maybank Gaya Street Tumpuan Pelancong

Latar Belakang Maybank Gaya Street Tumpuan Pelancong


Viral, latar belakang Maybank Gaya Street Kota Kinabalu kini menjadi tumpuan ramai para pelancong dari negara luar.

Rata-rata pelancong yang menjejaki Bandaraya Borneo, Kota Kinabalu tidak mahu ketinggalan untuk mengambil gambar kenangan di kawasan berkenaan yang mana berlatar belakangkan Maybank.

Berdasarkan maklumat dari pemilik media sosial vannskye, perbualan temubual dengab para pelancong, tentang mengapa mereka bergambar di kawasan berkenaan, dan berikut adalah maklumbalas pelancong.

Kawasan atau posisi tempat bergambar adalah sejuk.
Warna latar belakang Maybank sangat cerah dan ceria.
Dengan susana berkenaan, membuatkan mereka (pelancong) merasa sangat tenang dan gembira.


Lokasi berkenaan juga adalah starategik bagi mereka, tambahan lagi panorama yang kelihatan ceria dan gembira khususnya semasa mendapatkan foto yang menarik. Dalam pada masa sama, lokasi berkenaan sangat terkenal dan viral di salah satu applikasi media sosial iaitu apps xiaohongshu.

Melihat pada kawasan serta persekitaran yang kini viral iaitu hadapan Maybank Gaya Street Kota Kinabalu, Ianya bukan sahaja bersih, malahan sangat menarik apabila aura warna signboard Maybank itu kelihatan menyerla membuatkan tangkapan gambar kelihatan ceria.

Lazimnya, lokasi berkenaa kini viral di negara luar, khususnya China.






Terdahulu, Kota Kinabalu adalah antara lokasi pelancongan menarik dan cukup terkenal. Selain lokasi viral berkenaan, terdapat juga tempat-tempat menarik yang lain di kawasan sekitarnya, antaranya Masjid Pink, Masjid Bandaraya, Muzium Sabah, Pantai Teluk Likas, Pantai Tanjung Aru, Night Market Gaya Street dan lain-lain lagi. 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian