Langkah Keselamatan Apabila Melancong

Langkah Keselamatan Apabila Melancong

Langkah Keselamatan Apabila Melancong


Melancong adalah satu perbuatan yang dilakukan secara fizikal dengan pergerakan dari tempat asal ke kawasan atau destinasi baharu. Perbuatan ini dilakukan secara solo atau berkumpulan.

Aktiviti melancong adakalnya dilakukan dalam sesebuah negara atau luar negara berdasarkan kepada kehendak dan kemampuan sumber kewangan.

Dalam pada itu, aspek keselamatan perlulah dititik beratkan agar perjalanan sepanjang melancong tidak ditimpah sebarang musibah butuk.





Berikut adalah beberapa langkah keselamatan apabila melancong, antaranya:


Kaji selidik geografi kawasan yang hendak dikunjungi.

Sebelum bertolak ke kawasan yang hendak dikunjungi, adalah amat penting untuk membuat sedikit kajian tentang keadaan geografi kawasan berkenaan samada ia terdedah kepada risiko bencana alam seperti runtuhan, gempah, ribut, tanah mendap (jerlus) dan sebagainya. Ia amat penting agar tindakan bijak dapat dilakukan, sekiranya kawasan dilawati berisiko tinggi, maka wajarlah menukar destinasi yang hendak dikunjungi.


Ketahui latar belakang kawasan yang hendak di lawati.

Mengetahui latar belakang sesuatu kawasan amat penting, khususnya dari aspek keselamatan jenayah, seperti rompakan, rusuhan dan sebagainya. Jika kawasan dilawati berisiko jenayah ada baiknya membatalkan lawatan atau menundah atau menukar ke destinasi lain


Bawa bersama keperluan yang bersesuaian dengan cuaca dan persekitaran negara atau kawasan yang dilawati.

Keperluan asas perlulah di bawah bersama agar tidak panik atau ketakutan, sebagai contoh pakaian yang bersesuaian dengan keaadaan iklim, ubat-ubatan dan lain-lain lagi. Keperluan asas adalah sangat penting dan membantu kepada keselesaan semasa melancong, dalam masa sama, ia juga membantu kepada penjimatan.


Pelajari dan fahami serba sedikit bahasa yang diguna pakai di negara yang ingin dikunjungi

Mempelajari bahasa di sesebuah negara atau kawasan yang hendak dilawati adalah satu kelebihan yang baik. Ia membantu daripada tertipu atau di aniaya oleh pihak lain. Pengetahuan bahasa, membuatkan diri lebih berani dan yakin semasa melancong.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia