Definisi perceraian.
Perceraian atau cerai adalah perpisahan antara suami dengan isteri menerusi lafaz cerai yang di ungkapkan secara lisan oleh suami kepada isteri. Perkara berkenaan di lakukan dan di sahkan oleh pihak berwajib.
Dalam erti kata lain, perceraian ialah proses pembubaran atau pembatalan hubungan perkahwinan secara sah di sisi undang-undang. Ia berlaku apabila pasangan suami isteri memutuskan untuk tidak lagi hidup bersama sebagai suami isteri dan memohon pengesahan perpisahan melalui mahkamah.
Dalam konsep Islam, perceraian disebut sebagai talak, di mana suami melafazkan talak kepada isteri, atau melalui kaedah fasakh, khulu', atau cerai taklik, bergantung kepada situasi. Daripada ayat al-Quran dan hadis jelas bahawa perceraian adalah diharuskan namun ia adalah perkara yang paling dibenci Allah SWT.
Keburukan perceraian.
- Dibenci oleh Allah SWT
Jelas dinyatakan bahawa perceraian itu walaupun boleh, namun perbuatan berkenaan dibenci Allah SWT.
- Pergaduhan
Perceraian boleh membawa kepada pergaduhan antara dua pihak, perebutan harta benda yang di usahakan boleh membawa kepada pertelingkahan berpajangan serta hubungan yang tidak harmoni antara kedua bela pihak.
- Kasih sayang anak-anak tersangkut
Anak-anak akan menjadi mangsa dan tidak mendapat belaian kasih sayang yang sewajarnya serta harmoni daripada ibu dan ayah. Anak adakalanya akan cenderung termenung dan mendiam diri. Kasih sayang yang penuh tidak dapat dirasai dan di nikmati sejak usia awal. Anak-anak adakalanya memberontak dan bersifat kurang baik seperti kebiasnya. Anak yang mengetahui situasi keluarga iaitu perceraian ayah dan ibu, tidak mustahil menjadi tauladan dan ikutan.
0 Comments