Perbezaan Ilmu dan Adab

Perbezaan Ilmu dan Adab

Perbezaan Ilmu dan Adab


Ilmu dan adab adalah dua aspek yang sangat penting dalam kehidupan seorang manusia, Aspek ini perlu bersatu dan digunakan secara bijaksana serta harmoni agar diri menjadi insan yang mulia dimuka bumi ini. Namun demikian, walaupun kedua-dua aspek ini saling berkait rapat, akan tetapi ia mempunyai perbezaan yang jelas, antaranya berikut:


Ilmu:

  • Ilmu merujuk kepada pengetahuan, maklumat, atau kefahaman tentang sesuatu perkara yang nyata atau tidak nyata. Ia melibatkan aspek-aspek kognitif dan intelektual, seperti pembelajaran melalui pengamatan, pengalaman, bacaan, kajian, dan penyelidikan.
  • Ilmu lebih tertumpu kepada proses memahami fakta, teori, dan konsep dalam pelbagai bidang, seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.
  • Ilmu diperolehi menerusi pendidikan secara rasmi atau pendidikan tidak rasmi.
  • Contohnya, ilmu mengenai fizik, matematik, bahasa, atau agama adalah ilmu yang membolehkan seseorang memiliki pengetahuan dalam bidang tertentu.

Adab:

  • Adab lebih merujuk kepada etika, akhlak, dan cara seseorang itu berkelakuan dalam masyarakat umum. Ia melibatkan akhlak yang baik, sikap sopan santun, menghormati orang lain, dan mematuhi norma atau tatacara yang diterima dalam budaya atau agama.
  • Adab berkait rapat dengan nilai moral dan sosial, seperti kejujuran, kesopanan, rendah hati, dan hormat kepada orang tua, guru, dan orang lain.
  • Adab lahir secara semulajadi dalam diri atau genetik.
  • Contoh adab termasuk cara berbicara dengan melontarkan kata-kata yang sopan, menjaga hubungan baik dengan orang lain, serta bertindak dengan penuh hormat dan kesopanan.






Secara kesimpulanya, ilmu dan adab dapat dirumuskan iaitu Ilmu lebih fokus atau menjurus kepada pengetahuan dan pemahaman untuk meningkatkan ilmu pengetahuan diri, ia boleh diperolehi melaui Pendidikan formal dan Pendidikan tidak formal, manakala adab pula, ia lebih cenderung kepada akhlak dan kelakuan atau perilaku diri yang lahir secara semula jadi atau genetik  serta dalam interaksi sosial.

Umumnya, adab yang sempurna sudah pasti dapat menggunakan ilmu dengan baik dan mulia, manakala adap yang tidak sempurna belum tentu dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan sempurna, Bak kata pepatah, “ Orang berilmu belum tentu beradab”. Namun “orang yang beradap pasti berilmu”.



Kelebihan Orang Beradab, Berbanding Berilmu.

  • Mudah bergaul dan bersosial dengan masyarakat ramai.
  • Senang didampingi oleh masyarakat, walau dimana sahaja berada.
  • Bertutur dengan lebih harmoni dan bijaksana.
  • Memiliki keterampilan yang baik serta mulia.
  • Dihormati oleh lapisan masyarakat, walau dimana sahaja berada.
  • Terhindar dari melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik atau tercela.
  • Mendapat kedudukan yang tinggi di mata masyarakat dan yang maha Esa.

Ilmu tanpa adap yang baik, membuatkan seseorang kelihatan seperti orang tidak lengkap atau dalam erti kata lain, kelihatan tingkalaku yang biadap atau tidak sopan.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama tingkatkan diri agar menjadi insan yang lebih beradap mulia dan dalam masa sama menggunakan ilmu di dada dengan lebih baik agar diri sentiasa mendapat tempat dan kedudukan yang harmoni, walau di mana sahaja berada.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Perbezaan Ilmu dan Adab