Permohonan DPLI UMS 2025
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) adalah program pendidikan yang ditawarkan di Malaysia untuk graduan yang ingin menceburi bidang perguruan. Program ini bertujuan untuk melatih graduan dari pelbagai latar belakang akademik untuk menjadi guru yang berkelayakan dan kompeten dalam mengajar di sekolah-sekolah seluruh negara. DPLI adalah langkah penting bagi mereka yang bercita-cita untuk berkhidmat dalam sektor pendidikan, khususnya bagi mereka yang telah memperoleh ijazah dalam bidang selain pendidikan.
Tujuan dan Matlamat DPLI
Matlamat utama DPLI adalah untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti dan mendalam bagi graduan dalam menguasai kemahiran pedagogi, ilmu pendidikan, dan nilai-nilai keprofesionalan dalam bidang perguruan. Ia juga bertujuan untuk memastikan para graduan dapat memenuhi keperluan dan standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Permohonan untuk mengikuti pengajian Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) boleh dilakukan secara atas talian bermula 15 Mac 2025 hingga 30 April 2025.
Klik Pautan Permohonan:
👉 Mohon DPLI
DPLI, Universiti Malaysia Sabah menawarkan pelbagai bidang yang bertepatan dengan pasaran kerja semasa.
Antara bidang pengkhususan yang selalunya ditawarkan bagi kemasukan DPLI UMS adalah:
1. Bahasa Melayu
2. Pendidikan Jasmani dan kesihatan
3. Reka bentuk dan Teknologi
4. Sains
5. Pendidikan Islam
6. Matematik
7. Seni Visual
Kelebihan Mengikuti Pengajian DPLI di Universiti Malaysia Sabah.
Mod pembelajaran dijalankan secara sepenuh masa.
Tempoh pengajian yang singkat iaitu hanya setahun setengah.
Susana persekitaran Kampus yang menarik, nyaman dan selamat.
Berpeluang mendapat tempat pekerjaan dalam sektor pendidikan.
0 Comments